"Ibu.. Adik Rindu~"

ASSALAMUALAIKUM!


Ingin aku ceritakan di sini tentang seorang wanita yang telah melahirkanku, menyusuiku, mendidikku, dan membesarkanku. Khas buatmu, ibu... 

Semasa kecil, aku sering menjadi mangsa cubitan dan tamparan Ibu. Sewaktu aku berusia 3 hingga 6 tahun aku memang nakal Ya amat ! Budak-budak biasalah, kan ?

Pernah dulu sewaktu aku berusia 6 tahun, aku dibantai hebat oleh Ibu. Mana tidaknya, pagi-pagi lagi aku sudah mengayuh basikal ke rumah kawan yang jaraknya hanya 20 meter dari rumahku. Aku mandi dan makan di sana, sehingga ke petang aku bermain dengan kawanku. Kemudiannya, abang menjemputku pulang dengan menyampaikan berita bahawa Ibu naik berang ! Setibanya di rumah, Ibu terus memanggilku masuk. Aku mulai kecut perut. 

"Hah, baru ingat nak balek ? Macam orang tak de rumah, pegi makan tido kat rumah orang ?! Meh, sini kao. Meh sini !"

"Ibu.. sa.. sakettt. Erhuk ! Erhuk !" aku menangis teresak-esak apabila dipulas telinga oleh Ibu. 

"Hah ! lain kali bawak bantal, selimut skali gi sane. Kao tunggu situ, kao tunggu !" Ibu yang naik hantu bergegas menuju ke dalam bilik. 

Zzaasss !..

"iibb..ibuuu !! saket buu !.. Erhuk ! Erhuk ! ibuuu.. saket !" makin kuat aku meraung apabila ibu membantaiku dengan hanger. Memang tak ade can nak lari kerana Ibu menggenggam kuat lenganku. Terlompat-lompat aku menahan sakit.
"iibuuu !! Saket buuu.. Erhuk ! Erhuk ! sakettt.. aadd.. adik janji. Erhuk ! adik taakk.. buu..wattt lagi, buu.." Ibu langsung memelukku dengan erat. 
"Dah, dah. Jangan nangis. Sshh.. Shhh.. Lain kali jangan buat lagi. Janji ?"

" Erhuh. Aadd..Adik jann..jii, bu. Erhurhh.." balasku dengan tangisan yang tersedu-sedu.

Sejak daripada hari itu, aku tidak lagi berkunjung ke rumah kawanku itu. Jika kami hendak bermain, dia sendiri yang akan datang ke rumahku. Kalau tidak pun kami akan bertemu di taman permainan yang sejengkal saja jaraknya dari rumahku.

Itulah Ibu. Seorang yang tegas tetapi sangat penyayang. Meskipun Ibu garang, namun hati insaninya sangat mulia. Keras di luar, lembut jiwanya. 
Tanpa kasihmu wahai ibu, siapalah aku...


*********************



Tok ! Tok ! Tok !  "Adik !... Bangun !" 

Tok ! Tok ! Tok !  "Dah pukul brape ni ? Hei.. anak dara sorang ni liat betol nak bangun lah." 

"Ish, pagi-pagi dah 'menembak'. Buat terkejut je. Orang tengah syok mimpi ni. Huh !" getus hatiku sambil mengosok-gosokkan mata. Lantas aku mengerling ke arah jam di dinding.
  
"Lar.. baru pukul 5.50pagi. 10 minit lagi, 10 minit. Hehe !" kataku sambil menarik selimut di hujung katil dan terus menyelubungkan diri.

Tepat pukul 6 pagi, alarm di telefon bimbitku pun berbunyi. 

"Huarghhh..." aku menguap sambil mengeliat. Tak senonoh sungguh anak dara ni^^ 
Aku turun dari katil dengan bermalas-malasan lalu mencapai tuala yang tersidai di kerusi.

"Hah. Selagi tak pukul 6, selagi tu tak bangon kan ? Pastu kang mandi 2 jam. Bersiap 3 jam. Dah tao awak tu jenis lembab, bangon lar awal siket. Heih.." Sound ibuku dengan suaranya yang berpotensi mengejutkan jiran sekampung. Ibu yang duduk di meja makan memandangku dengan gaya mak tiri Cinderella. Aku yang dalam perjalanan menuju ke bilik air hanya memekakkan telinga.

"Eleh, memandai je. Kalau aku mandi 2 jam siap 3 jam, kul 11 lebih lar baru masok klas. Wakaka !" aku meloya buruk di dalam hati. 

Setengah jam kemudian...

"Alamak ! dah kul 6 stengah ! Adoyai, baju tak gosok lagi. Padan muke ko Kid. Haha !" kataku perlahan sambil berlari-lari anak menuju ke bilik. Ibu yang melepak di ruang tamu menyedari kelibatku yang baru pulang dari merakamkan single terbaru di dalam studio tidak berlesen.

"Hah. Tu baju belom gosok lagi tu. Tu jam nak berak, tu jam nak gali lobang. Kang Subuh ntah ke mane lar tu." Leter Ibu dengan penuh dedikasi.

"Ala, sempat larh. Insyaallah~" kataku dalam hati.

Setelah mengerjakan solat Subuh, aku segera keluar untuk menggosok uniform sekolahku yang berkedut seribu. Aku yang telah kesuntukan waktu itu terus berusaha menggosok bajuku dengan kelajuan maksima. 

Ibu yang sedang menuruni tangga dengan pantasnya menggegarkan rumahku sekali lagi.
"Tengok tu, baru nak gosok baju. dah dekat pukul 7 tak siap lagi. Terkial-kial."

Selepas selesai menggosok baju, aku peruntukkan 10 minit untuk bersiap. Lalu aku segera mencapai beg dan buku menuju ke meja makan. 

"Dah, pukul 7 baru nak sarapan. Ayah dah nak jalan tu. Hish !" kata Ibu yang baru keluar dari bilik air. Aku hanya membuat selamba dan segera menghulurkan tangan kepada Ibu. Setelah bersalam dan mencium pipinya, aku pun terus keluar dari rumah menuju ke destinasi harianku.

Begitulah aku sewaktu di alam persekolahanku. Setiap pagi, ibu akan meleteri perbuatanku. Dia lah pengkritik tetapku.

Sememangnya aku sering dileteri Ibu. Mulutya tak pernah berhenti 'menembakku'. Tak kiralah aku ni sorang perempuan ke, anak bongsu ke, kalau silap mesti ada habuannya. Kena tetap kena !^^



*********************

20 September 2010

Seperti biasa aku pulang awal dari sekolah. Setibanya di bustop Tanjung, Ayah telah menunggu untuk membawaku pulang.

"Ibu masok wad pagi tadi." kata Ayah dengan tenang.

"Ohh.. Patot lar Ayah yang jempot." kataku dalam hati. Aku merasakan sangat lega kerana akhirnya Ibu menurut kata doktor. 

Ibu memang dah lama sakit, tapi bulan 8 haritu penyakitnya bertambah teruk. Dia memang sepatutnya masuk wad awal bulan 9 haritu, tapi dia degil. Dia kata, kalau masuk wad nanti doktor masukkan PD (Peritoneal Dylisis) iaitu air cucian untuk pesakit buah pinggang. Dia takut...

Alhamdulillah... Ibu dimasukkan dalam wad kelas pertama. Jadi, kitaorang pun tak ada lah risau sangat. Tapi kasihan juga tengok perutnya ditebuk untuk memasukkan tiub kecil. 

Keesokan harinya Ibu dipindahkan ke wad kelas dua. Ini kerana, kondisi Ibu memerlukan permerhatian yang kerap oleh doktor. Dalam keadaan Ibu pada waktu itu, dia memerlukan seorang penjaga. Maka, aku pun bersetuju untuk menjaganya di wad.

Setelah mendapatkan pas kebenaran untuk penjaga, aku pun pulang untuk membuat persiapan menjaga Ibu di hospital. Selepas Maghrib, Ayah menghantarku ke sana. Aku bawa baju sekolah untuk esok, buku untuk ulang kaji dan beberapa lagi kelengkapan bersama.

Sememangnya aku gembira kerana dapat menemani ibu sewaktu dia sakit. Namun aku juga tak boleh mengelakkan diri daripada memikirkan perkara-perkara yang mungkin berlaku. 

Macam mana kalau Ibu takde ? , Ape yang akan jadi kat aku ? , Macam mana hidup aku selepas Ibu takde ? Soalan serupa ini kerap kali berlegar-legar di pemikiranku setiap kali aku mengenangkan Ibu.

Sedih, memang sedih tatkala melihat keadaannya. Nak bangun pun tak larat, 24 jam terlantar atas katil. Payah, amat payah inginku tahan air mata ini dari berguguran. Namun aku gagahkan juga diriku pada waktu itu, aku tak nak dia nampak aku sedih. Aku tak nak dia risau. 

Empat hari aku menjalankan rutin yang sama. 
Selepas pulang dari sekolah aku menyiapkan kelengkapan yang perlu dibawa. Dalam pukul 5 aku sudah tiba di wad Ibu. Memberinya makanan dan minuman yang dibekalkan dari rumah. Selepas Maghrib dan Isyak aku akan mengulang kaji di sebelahnya. (Walaupun tak banyak yang dapat diserap ke dalam otak, bace je lar). Pada pukul 5 pagi aku bangun untuk mandi. Sebelum mengerjakan solat Subuh, aku bersihkan badan Ibu, aku tukarkan pakaiannya dan membelikan sarapan untuknya.
Pada pukul 6 lebih, aku turun bertemu Ayah yang sedia untuk menghantarku ke sekolah.
Penat tu memang penat, tapi tak salahkan kalau berkorkan sikit untuk Ibu.^^

Selepas empat hari di dalam wad, Ibu pun kembali sihat dan boleh pulang ke rumah. Dah boleh berjalan balik. Riang hatiku melihat senyuman Ibu^^

Namun, keadaan Ibu yang kembali sihat itu bukanlah suatu petanda yang dia pulih sepenuhnya. Seminggu selepas itu, Ibu dimasukkan semula ke wad. Kali ini kondisinya semakin parah. Ibu demam teruk gara-gara doktor pelatih yang salah caranya menebuk lubang di perut Ibu.Ini kemudiannya telah menyebabkan kuman merebak ke serata tubuh Ibu. Sayu hatiku tatkala melihat Ibu menangis. Perit hatiku melihat Ibu menanggung deritanya. Doktor memberi pilihan kepada Ibu supaya menjalani rawatan lanjut. Tetapi Ibu tidak bersetuju kerana rawatan tersebut berisiko tinggi. 

"Izah tak nak bang. Cukup lah, cukup. Saket, seksa Izah. Abang tao tak ?" Kata Ibu kepada Ayah dengan deruan air mata di pipinya. 

"Tak pe, Izah tak nak tak pe. Kite balek je ye ?"

Ya Allah, pilu hatiku melihat Ibu ketika itu.

Setelah berbincang, akhirnya Ibu dibenarkan pulang. Namun keadaan Ibu semakin hari semakin teruk. Organ-organ dalaman Ibu yang dijangiti kuman sudah tidak berupaya untuk berfungsi seperti biasa lagi. Ibu hanya terlantar di tilam. Nak jalan pun dah tak mampu. 
Ibu pula berdegil tidak mahu makan, seleranya langsung hilang. Sehari hanya sesuap dua saja yang ditelan Ibu. Kami paksakan juga Ibu. Tapi dia hanya membatukan diri dan berbaring terus-terusan. Tidak cukup dengan itu, penderitaan Ibu ditambah pula dengan masalah kerap buang air. Setiap hari lebih 10 kali ! Kami tiada jalan lain selain memakaikan Ibu lampin pakai buang. Tubuh Ibu semakin susut, badannya lemah. Namun Ibu tidak juga mahu makan atau minum. Pada waktu itu, aku dan Ayah sememangnya marah terhadap perangai Ibu. Tapi kami mengerti bahawa Ibu sedang menderita luar dan dalam. Ayah sering memberikan Ibu dorongan, kawan-kawan sekerja Ibu juga selalu datang menziarahinya dan memberikan kata-kata semangat.
Kasihan Ibu...

Selang beberapa hari...

"Alamak aiy, henpon ni. Time- time cam ni lar dia nak vibrate" kataku dengan nada bengang.

"Weh, yun. Kao kat mane ?" tanya abangku.

"Aku kat skolah lar. Apsal ?" balasku garang.

"Yun, Ibu masok wad balek." kata abangku

Aku terdiam seketika selepas diberitahu pemakluman rasmi dari abangku...

"Hmm, okeh okeh. Bye" lantas aku menekan butang off

Selepas sahaja pulang aku dan Ayah terus menuju ke hospital. 

"Aik, nape gi tingkat 2 plak ni? Tukar wad lagi ke ?" soalku dalam hati.

"Hah ? ! ICU ? Nape Adi tak gi tao tadi. Ish ! Sengal tol." aku mengomel seorang diri.

Kami tidak dibenarkan masuk kerana keadaan Ibu masih belum stabil. Abang-abangku bergilir-gilir menunggu di luar wad sehingga malam. Aku di rumah mengambil alih tugas Ibu. Memasak, mengemas. Setiap petang aku akan ke hospital untuk melawat Ibu.


17 November 2010

Pada petang itu aku tidak pergi melawat Ibu seperti biasa.
Sedang aku berbaring merehatkan diri, telefon bimbitku berbunyi lagi.

"Hello. Assalamualaikum." Kedengaran suara Ayah di talian.

"Wualaikumussalam.." balasku.

"Adik, Ibu dah tak de." Ayah memberitahu dengan suaranya yang tersekat-sekat.
Aku yang terkejut hanya membisu.

"Pegi siap-siap, kita balek Jiboi. Nanti abang Adi datang jempot adik gi hospital." sambung Ayah lagi.

"Hmm.. Okey, Assalamualaikum." balasku menamatkan panggilan.

Aku tergesa-gesa bersiap sambil air mataku tak henti-henti mengalir. 
Setelah tibanya di hospital, aku mencari-cari bayang Ayah, namun tidak kutemui. 
Abang-abangku pula sibuk menguruskan hal-hal yang berkenaan dengan jenazah. Aku hanya menuruti mereka. Ayah pulang seketika ke rumah untuk mengambil barang-barangnya. Manakala aku dan dua lagi abangku menaiki van jenazah dengan berbekalkan surah YA-SIN. Pada waktu itu aku tidak henti-henti menangis. Ya Allah, berikanlah hambamu ini kekuatan. Ya Allah...

Malam itu, kami semua membaca Ya-sin beramai-beramai. Naik bengkak mata aku asyik menangis je. 


Keesokan harinya, kami sibuk membuat persiapan untuk menguruskan jenazah. 
Ramai yang datang membantu dan membaca Ya-sin untuk arwah. Rata-rata yang datang semuanya memberikan kata-kata semangat kepadaku. Terima Kasih !

Setelah selesai memandikan, mengkapankan dan menyembahyangkan jenazah, kami semua bertolak ke kawasan perkuburan. Saudara-mara yang datang dari jauh semuanya memberi motivasi dan ceramah yang sama. Selepas mengadakan kenduri tahlil, aku dan Ayah pun pulang ke rumah. SUNYI !

Bayang arwah sering kelihatan di segenap sudut rumah. Di dapur, di ruang tamu, di bilik... 

Tiap malam aku menangis selama seminggu. Demam jugak aku, sehari. 
Selepas Ibu meninggal, semangat aku langsung mati ! Aku tidak lagi memperdulikan buku-buku di atas meja. Masa kian suntuk, peperiksaan semakin hampir. Aku sememangnya sudah tak lalu untuk memikirkan perkara lain.

"Yun ! kao, dah nak dekat preksa ni. Pegi lar bace buku !" sound abangku.

Setelah itu, baru aku tersedar bahawa aku masih mempunyai tugasan yang masih belum diselesaikan. SPM ! Buku-buku di meja aku baca mengikut turutan jadual peperiksaan. Namun, payah benar otak ini untuk menerima masuk ilmu-ilmu di dalam buku tersebut.
"Maaf ! Maklumat di reject. Sila baca semula. Terima Kasih." lebih kurang begitulah lagaknya otakku pada waktu itu.

Semasa berada dalam bulan peperiksaan, aku hanya berdoa dan bertawakal. 

Setelah menerima slip peperiksaan SPM, aku lantas bersyukur kepada Allah. Yela, mujur keputusan peperiksaanku tak terbarai. Haha^^ ! Alhamdulillah.. 


*********************


"Anak dara ape ni bilik bersepah ? Pemalas betol, ringan-ringankan lar tulang tu sket..."
 kata-kata ini lah yang membuatkan bilik dan rumah aku sekarang semakin teratur, kemas dan bersih.^^ 


Ibu, walaupun hari-hari adik kini tidak lagi dimotivasikan dengan suara Ibu. Walaupun tidak lagi kedengaran leteran berunsur nasihat dari Ibu. Adik akan sentiasa cuba memperbaiki diri adik supaya menjadi seorang yang berguna dan adik nak jadi anak yang boleh ibu banggakan. Ibu, sekarang adik dah reti masak macam-macam. Ibu tak yah nak risau lagi ye. Tapi penyakit malas ni masih jugak melekat. Hehe ! Ibu, adik akan ingat pesan ibu dalam mimpi haritu. Adik dah selalu sembahyang. Tiap kali adik sembahyang, adik tak pernah lupe sedekahkan al-Fatihah untuk Ibu. Ibu kat sane jangan lupe adik ye. Ibu, adik sayanggg Ibu. Tak kan ade sesiape pun yang boleh gantikan tempat Ibu. Tak kan ade sesiape pun yang boleh menyayangi adik macam yang Ibu selalu buat. Ibu.. Adik rindu~

Ayah dan Arwah Ibu sewaktu zaman muda-mudi mereka.^^


AL-FATIHAH BUAT IBU. SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN. AMIN...













4 comments :

  1. akid,.dew hikmat sblk sume yg blaku nie,.

    ReplyDelete
  2. kid,aku pn br thu pasal ni..tu pn sbb aku bce blog ko ni..maafkan aku x de time ko sedey..btl ckp fifi tu,ape yg berlaku ni,pasti ade hikmah nye..mungkin ini adalah salah satu ujian untuk ko berjaya dalam hidup ko..insyaAllah aminn..ape2 pn,ko kene thu n ingat,walaupn kite ni x brpe nk rapat,tapi kite still kawan..syg ko!!!

    ReplyDelete
  3. Fiz.. betol tu. sememangnye ade hikmah di sebalik ape yg berlaku.

    Haini.. tape, its okey. :). thanks, kao still igt kat aku pun dah cukop. insyallah, amin...

    ReplyDelete
  4. Sebak d dada membaca alfatihah buat rwah ibu u...

    ReplyDelete

Any comment ?