GSM ! Luv yaa !

ASSALAMUALAIKUM !

Di atas permintaan seorang rakan, di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk menceritakan tentang sahabat-sahabat aku. Kepada ahli-ahli group GSM aku persembahkan post kali ni khas untuk korang.  

Di sini aku lampirkan sedikit informasi tentang GSM :

Group GSM terdiri daripada 4 orang remaja yang gila-gila iaitu Akid (aku), Iba, Alin dan Daya.
Gila-gila mereka adalah dari segi pemikiran (belum ade rekod lagi kat mana2 hospital mental), percakapan dan juga tingkah laku. Mereka tak suka gosip-gosip murahan seperti ::: "Eh eh, dak tu suka kat dak ni" ,tak maen lah weh. Macam gugurl sangat. Auwchh~~
Mereka lebih suka 'mengkhayalkan' diri dalam 'dunia' mereka sendiri. Haa, but it doesn't mean yang diorang ni amek pil khayal. Na'a'a. Not in a million years katekooo. Mereka juga terkenal dengan mulut bise dan laser. Memang jenis suka cakap lepas. Haha. Tapi rasenya elok jugak lepaskan daripada mengumpat, betul tak. Tapi orang Malaysia kebanyakkannya tidak mampu menerima cara mereka. 
Mereka berpegang kepada prinsip 'Sama-sama joli, sama-sama susah'


[DAYA]

Daya sangat terkenal dengan sikapnya yang peramah dan mudah mesra. Dalam GSM, dia lah yang paling happening (memang jelas kelihatan peningnya)^^ Kalau tak ada dia, group kitaorang macam blackout je. Daya ni jugak sorang yang spontan ! Kengkadang tu, sikap spontan dia tu lah yang membuatkan kiteorang tergelak berguling-guling, pecah perot, hilang gigi, hilang pertimbangan. hilang pedoman. Amboiihhh, dasyat sangat dah tu. Ngee~~

Personally bagi aku, Daya seorang kawan yang versatile dalam bidang mood. Dia jenis yang memahami. Kalau kita tengah happy, dia mesti turun padang bagi menggamatkan lagi suasana. Bila tiba time kita moody, dia akan automaticly switch mood. Tapi dalam pada join sekaki moody tu pun, ada je lawak dia yang buat kitaorang happy semula. Tak ada memang tak sah. 
*Daya, kao memang ade funny bone.


[ALIN]

Dalam group kitaorang Alin lah artis^^. Dia yang paling cun ! Dan sangat terkenal dengan trademarknye~~> Hangat !
Dia yang paling adik dalm GSM, perangai dia pun memang adik-adik lagi. Paling manje ! 
Alin memang kipas susah mati KOREAN !! Tanya lar pasal artis-artis Korea, semua dia tao. Dress up dia.. Fuhh ! Dah rupa amoi Korea. Sampaikan kat karoke pun dia nyanyi lagu Korea. Kalau ada lagu Korea yang tak de 'rumi'nye pun dia boleh nyanyi, dek dah lancar punye pasal^^. Kritikal dah...
Lagi satu yang tak boleh bla nye. Alin memang peminat WWE. Tengok jer lar kat Facebook dia, penuh dengan post post WWE je. John Cena lah, Rey Mysterio lah. Parah !

Bagi aku, Alin seorang kawan yang backup kawan tak kira apa ! Kalau kita cerita apa-apa masalah kat dia, terasa macam kita ni disokong 100%. Memang best kalau lepas kat dia. *Terbaek larh, Alin hangat !^^


[IBA]

Dalam kalangan kitaorang, Iba ni lah yang paling pandai. Kalau nak tanye apa-apa pasal homework, dia je lar yang kami jadikan rujukan. (yela, aku ni pun bukan slalu beli buku rujukan. Kah kah kah !)
Iba ni jiwanya jenis mudah tersentuh. Tapi kengkadang tu sensetif tak kena tempat jugak Iba ni. Pernah sekali tu dia tengah dengar lagu dalam klas, tetiba je menangis. Haha ! Jiwang. Macam lar putus cinta, padahal touching lebih. Huhu

Iba ni, bagi aku memang seorang yang caring dan selalu think positive. Dia lar yang paling ngam dengan aku. Dah macam laki bini pun ada. Apa yang aku minat, dia pun minat. Apa yang aku rasa, dia pun rasa. Apa yang aku fikir, dia pun terfikir jugak. Pernah jugak lar jawapan peperiksaan kitaorang sebijik. Haha^^ 
Kitaorang rapat sebab same 1 klas dari form 1 sampai form 5. Selain itu, kitaorang ni ada hobi yang serupa. Memang hobi yang tak keluar modal, orang kata. ~~ tido, berangan !^^
Kalau nak berimaginasi, dia lah geng aku. Memang tanpa sempadan lah !
Kebanyakkan problem aku ceritakan kat dia. Nasib baik jenis yang sporting.
*Ba, kao yang terbaek di kalangan yang terbaek Ba !


Setiap seorang daripada mereka mempunyai perwatakan yang berbeza dan kelebihan yang tersendiri . Tapi dalam bab-bab kawan diaorang memang jenis boleh di bawa berjuang. 

Walaupun korang tak lah segenius Nur Amalina Che Bakri, sehebat Nicol n David atau secantik Heliza Helmi. Tapi mendapat sahabat yang macam korang memang dah mencukupi bagi aku. Just be the way you are. Aku sayang korang seadanya.

"Ibu.. Adik Rindu~"

ASSALAMUALAIKUM!


Ingin aku ceritakan di sini tentang seorang wanita yang telah melahirkanku, menyusuiku, mendidikku, dan membesarkanku. Khas buatmu, ibu... 

Semasa kecil, aku sering menjadi mangsa cubitan dan tamparan Ibu. Sewaktu aku berusia 3 hingga 6 tahun aku memang nakal Ya amat ! Budak-budak biasalah, kan ?

Pernah dulu sewaktu aku berusia 6 tahun, aku dibantai hebat oleh Ibu. Mana tidaknya, pagi-pagi lagi aku sudah mengayuh basikal ke rumah kawan yang jaraknya hanya 20 meter dari rumahku. Aku mandi dan makan di sana, sehingga ke petang aku bermain dengan kawanku. Kemudiannya, abang menjemputku pulang dengan menyampaikan berita bahawa Ibu naik berang ! Setibanya di rumah, Ibu terus memanggilku masuk. Aku mulai kecut perut. 

"Hah, baru ingat nak balek ? Macam orang tak de rumah, pegi makan tido kat rumah orang ?! Meh, sini kao. Meh sini !"

"Ibu.. sa.. sakettt. Erhuk ! Erhuk !" aku menangis teresak-esak apabila dipulas telinga oleh Ibu. 

"Hah ! lain kali bawak bantal, selimut skali gi sane. Kao tunggu situ, kao tunggu !" Ibu yang naik hantu bergegas menuju ke dalam bilik. 

Zzaasss !..

"iibb..ibuuu !! saket buu !.. Erhuk ! Erhuk ! ibuuu.. saket !" makin kuat aku meraung apabila ibu membantaiku dengan hanger. Memang tak ade can nak lari kerana Ibu menggenggam kuat lenganku. Terlompat-lompat aku menahan sakit.
"iibuuu !! Saket buuu.. Erhuk ! Erhuk ! sakettt.. aadd.. adik janji. Erhuk ! adik taakk.. buu..wattt lagi, buu.." Ibu langsung memelukku dengan erat. 
"Dah, dah. Jangan nangis. Sshh.. Shhh.. Lain kali jangan buat lagi. Janji ?"

" Erhuh. Aadd..Adik jann..jii, bu. Erhurhh.." balasku dengan tangisan yang tersedu-sedu.

Sejak daripada hari itu, aku tidak lagi berkunjung ke rumah kawanku itu. Jika kami hendak bermain, dia sendiri yang akan datang ke rumahku. Kalau tidak pun kami akan bertemu di taman permainan yang sejengkal saja jaraknya dari rumahku.

Itulah Ibu. Seorang yang tegas tetapi sangat penyayang. Meskipun Ibu garang, namun hati insaninya sangat mulia. Keras di luar, lembut jiwanya. 
Tanpa kasihmu wahai ibu, siapalah aku...


*********************



Tok ! Tok ! Tok !  "Adik !... Bangun !" 

Tok ! Tok ! Tok !  "Dah pukul brape ni ? Hei.. anak dara sorang ni liat betol nak bangun lah." 

"Ish, pagi-pagi dah 'menembak'. Buat terkejut je. Orang tengah syok mimpi ni. Huh !" getus hatiku sambil mengosok-gosokkan mata. Lantas aku mengerling ke arah jam di dinding.
  
"Lar.. baru pukul 5.50pagi. 10 minit lagi, 10 minit. Hehe !" kataku sambil menarik selimut di hujung katil dan terus menyelubungkan diri.

Tepat pukul 6 pagi, alarm di telefon bimbitku pun berbunyi. 

"Huarghhh..." aku menguap sambil mengeliat. Tak senonoh sungguh anak dara ni^^ 
Aku turun dari katil dengan bermalas-malasan lalu mencapai tuala yang tersidai di kerusi.

"Hah. Selagi tak pukul 6, selagi tu tak bangon kan ? Pastu kang mandi 2 jam. Bersiap 3 jam. Dah tao awak tu jenis lembab, bangon lar awal siket. Heih.." Sound ibuku dengan suaranya yang berpotensi mengejutkan jiran sekampung. Ibu yang duduk di meja makan memandangku dengan gaya mak tiri Cinderella. Aku yang dalam perjalanan menuju ke bilik air hanya memekakkan telinga.

"Eleh, memandai je. Kalau aku mandi 2 jam siap 3 jam, kul 11 lebih lar baru masok klas. Wakaka !" aku meloya buruk di dalam hati. 

Setengah jam kemudian...

"Alamak ! dah kul 6 stengah ! Adoyai, baju tak gosok lagi. Padan muke ko Kid. Haha !" kataku perlahan sambil berlari-lari anak menuju ke bilik. Ibu yang melepak di ruang tamu menyedari kelibatku yang baru pulang dari merakamkan single terbaru di dalam studio tidak berlesen.

"Hah. Tu baju belom gosok lagi tu. Tu jam nak berak, tu jam nak gali lobang. Kang Subuh ntah ke mane lar tu." Leter Ibu dengan penuh dedikasi.

"Ala, sempat larh. Insyaallah~" kataku dalam hati.

Setelah mengerjakan solat Subuh, aku segera keluar untuk menggosok uniform sekolahku yang berkedut seribu. Aku yang telah kesuntukan waktu itu terus berusaha menggosok bajuku dengan kelajuan maksima. 

Ibu yang sedang menuruni tangga dengan pantasnya menggegarkan rumahku sekali lagi.
"Tengok tu, baru nak gosok baju. dah dekat pukul 7 tak siap lagi. Terkial-kial."

Selepas selesai menggosok baju, aku peruntukkan 10 minit untuk bersiap. Lalu aku segera mencapai beg dan buku menuju ke meja makan. 

"Dah, pukul 7 baru nak sarapan. Ayah dah nak jalan tu. Hish !" kata Ibu yang baru keluar dari bilik air. Aku hanya membuat selamba dan segera menghulurkan tangan kepada Ibu. Setelah bersalam dan mencium pipinya, aku pun terus keluar dari rumah menuju ke destinasi harianku.

Begitulah aku sewaktu di alam persekolahanku. Setiap pagi, ibu akan meleteri perbuatanku. Dia lah pengkritik tetapku.

Sememangnya aku sering dileteri Ibu. Mulutya tak pernah berhenti 'menembakku'. Tak kiralah aku ni sorang perempuan ke, anak bongsu ke, kalau silap mesti ada habuannya. Kena tetap kena !^^



*********************

20 September 2010

Seperti biasa aku pulang awal dari sekolah. Setibanya di bustop Tanjung, Ayah telah menunggu untuk membawaku pulang.

"Ibu masok wad pagi tadi." kata Ayah dengan tenang.

"Ohh.. Patot lar Ayah yang jempot." kataku dalam hati. Aku merasakan sangat lega kerana akhirnya Ibu menurut kata doktor. 

Ibu memang dah lama sakit, tapi bulan 8 haritu penyakitnya bertambah teruk. Dia memang sepatutnya masuk wad awal bulan 9 haritu, tapi dia degil. Dia kata, kalau masuk wad nanti doktor masukkan PD (Peritoneal Dylisis) iaitu air cucian untuk pesakit buah pinggang. Dia takut...

Alhamdulillah... Ibu dimasukkan dalam wad kelas pertama. Jadi, kitaorang pun tak ada lah risau sangat. Tapi kasihan juga tengok perutnya ditebuk untuk memasukkan tiub kecil. 

Keesokan harinya Ibu dipindahkan ke wad kelas dua. Ini kerana, kondisi Ibu memerlukan permerhatian yang kerap oleh doktor. Dalam keadaan Ibu pada waktu itu, dia memerlukan seorang penjaga. Maka, aku pun bersetuju untuk menjaganya di wad.

Setelah mendapatkan pas kebenaran untuk penjaga, aku pun pulang untuk membuat persiapan menjaga Ibu di hospital. Selepas Maghrib, Ayah menghantarku ke sana. Aku bawa baju sekolah untuk esok, buku untuk ulang kaji dan beberapa lagi kelengkapan bersama.

Sememangnya aku gembira kerana dapat menemani ibu sewaktu dia sakit. Namun aku juga tak boleh mengelakkan diri daripada memikirkan perkara-perkara yang mungkin berlaku. 

Macam mana kalau Ibu takde ? , Ape yang akan jadi kat aku ? , Macam mana hidup aku selepas Ibu takde ? Soalan serupa ini kerap kali berlegar-legar di pemikiranku setiap kali aku mengenangkan Ibu.

Sedih, memang sedih tatkala melihat keadaannya. Nak bangun pun tak larat, 24 jam terlantar atas katil. Payah, amat payah inginku tahan air mata ini dari berguguran. Namun aku gagahkan juga diriku pada waktu itu, aku tak nak dia nampak aku sedih. Aku tak nak dia risau. 

Empat hari aku menjalankan rutin yang sama. 
Selepas pulang dari sekolah aku menyiapkan kelengkapan yang perlu dibawa. Dalam pukul 5 aku sudah tiba di wad Ibu. Memberinya makanan dan minuman yang dibekalkan dari rumah. Selepas Maghrib dan Isyak aku akan mengulang kaji di sebelahnya. (Walaupun tak banyak yang dapat diserap ke dalam otak, bace je lar). Pada pukul 5 pagi aku bangun untuk mandi. Sebelum mengerjakan solat Subuh, aku bersihkan badan Ibu, aku tukarkan pakaiannya dan membelikan sarapan untuknya.
Pada pukul 6 lebih, aku turun bertemu Ayah yang sedia untuk menghantarku ke sekolah.
Penat tu memang penat, tapi tak salahkan kalau berkorkan sikit untuk Ibu.^^

Selepas empat hari di dalam wad, Ibu pun kembali sihat dan boleh pulang ke rumah. Dah boleh berjalan balik. Riang hatiku melihat senyuman Ibu^^

Namun, keadaan Ibu yang kembali sihat itu bukanlah suatu petanda yang dia pulih sepenuhnya. Seminggu selepas itu, Ibu dimasukkan semula ke wad. Kali ini kondisinya semakin parah. Ibu demam teruk gara-gara doktor pelatih yang salah caranya menebuk lubang di perut Ibu.Ini kemudiannya telah menyebabkan kuman merebak ke serata tubuh Ibu. Sayu hatiku tatkala melihat Ibu menangis. Perit hatiku melihat Ibu menanggung deritanya. Doktor memberi pilihan kepada Ibu supaya menjalani rawatan lanjut. Tetapi Ibu tidak bersetuju kerana rawatan tersebut berisiko tinggi. 

"Izah tak nak bang. Cukup lah, cukup. Saket, seksa Izah. Abang tao tak ?" Kata Ibu kepada Ayah dengan deruan air mata di pipinya. 

"Tak pe, Izah tak nak tak pe. Kite balek je ye ?"

Ya Allah, pilu hatiku melihat Ibu ketika itu.

Setelah berbincang, akhirnya Ibu dibenarkan pulang. Namun keadaan Ibu semakin hari semakin teruk. Organ-organ dalaman Ibu yang dijangiti kuman sudah tidak berupaya untuk berfungsi seperti biasa lagi. Ibu hanya terlantar di tilam. Nak jalan pun dah tak mampu. 
Ibu pula berdegil tidak mahu makan, seleranya langsung hilang. Sehari hanya sesuap dua saja yang ditelan Ibu. Kami paksakan juga Ibu. Tapi dia hanya membatukan diri dan berbaring terus-terusan. Tidak cukup dengan itu, penderitaan Ibu ditambah pula dengan masalah kerap buang air. Setiap hari lebih 10 kali ! Kami tiada jalan lain selain memakaikan Ibu lampin pakai buang. Tubuh Ibu semakin susut, badannya lemah. Namun Ibu tidak juga mahu makan atau minum. Pada waktu itu, aku dan Ayah sememangnya marah terhadap perangai Ibu. Tapi kami mengerti bahawa Ibu sedang menderita luar dan dalam. Ayah sering memberikan Ibu dorongan, kawan-kawan sekerja Ibu juga selalu datang menziarahinya dan memberikan kata-kata semangat.
Kasihan Ibu...

Selang beberapa hari...

"Alamak aiy, henpon ni. Time- time cam ni lar dia nak vibrate" kataku dengan nada bengang.

"Weh, yun. Kao kat mane ?" tanya abangku.

"Aku kat skolah lar. Apsal ?" balasku garang.

"Yun, Ibu masok wad balek." kata abangku

Aku terdiam seketika selepas diberitahu pemakluman rasmi dari abangku...

"Hmm, okeh okeh. Bye" lantas aku menekan butang off

Selepas sahaja pulang aku dan Ayah terus menuju ke hospital. 

"Aik, nape gi tingkat 2 plak ni? Tukar wad lagi ke ?" soalku dalam hati.

"Hah ? ! ICU ? Nape Adi tak gi tao tadi. Ish ! Sengal tol." aku mengomel seorang diri.

Kami tidak dibenarkan masuk kerana keadaan Ibu masih belum stabil. Abang-abangku bergilir-gilir menunggu di luar wad sehingga malam. Aku di rumah mengambil alih tugas Ibu. Memasak, mengemas. Setiap petang aku akan ke hospital untuk melawat Ibu.


17 November 2010

Pada petang itu aku tidak pergi melawat Ibu seperti biasa.
Sedang aku berbaring merehatkan diri, telefon bimbitku berbunyi lagi.

"Hello. Assalamualaikum." Kedengaran suara Ayah di talian.

"Wualaikumussalam.." balasku.

"Adik, Ibu dah tak de." Ayah memberitahu dengan suaranya yang tersekat-sekat.
Aku yang terkejut hanya membisu.

"Pegi siap-siap, kita balek Jiboi. Nanti abang Adi datang jempot adik gi hospital." sambung Ayah lagi.

"Hmm.. Okey, Assalamualaikum." balasku menamatkan panggilan.

Aku tergesa-gesa bersiap sambil air mataku tak henti-henti mengalir. 
Setelah tibanya di hospital, aku mencari-cari bayang Ayah, namun tidak kutemui. 
Abang-abangku pula sibuk menguruskan hal-hal yang berkenaan dengan jenazah. Aku hanya menuruti mereka. Ayah pulang seketika ke rumah untuk mengambil barang-barangnya. Manakala aku dan dua lagi abangku menaiki van jenazah dengan berbekalkan surah YA-SIN. Pada waktu itu aku tidak henti-henti menangis. Ya Allah, berikanlah hambamu ini kekuatan. Ya Allah...

Malam itu, kami semua membaca Ya-sin beramai-beramai. Naik bengkak mata aku asyik menangis je. 


Keesokan harinya, kami sibuk membuat persiapan untuk menguruskan jenazah. 
Ramai yang datang membantu dan membaca Ya-sin untuk arwah. Rata-rata yang datang semuanya memberikan kata-kata semangat kepadaku. Terima Kasih !

Setelah selesai memandikan, mengkapankan dan menyembahyangkan jenazah, kami semua bertolak ke kawasan perkuburan. Saudara-mara yang datang dari jauh semuanya memberi motivasi dan ceramah yang sama. Selepas mengadakan kenduri tahlil, aku dan Ayah pun pulang ke rumah. SUNYI !

Bayang arwah sering kelihatan di segenap sudut rumah. Di dapur, di ruang tamu, di bilik... 

Tiap malam aku menangis selama seminggu. Demam jugak aku, sehari. 
Selepas Ibu meninggal, semangat aku langsung mati ! Aku tidak lagi memperdulikan buku-buku di atas meja. Masa kian suntuk, peperiksaan semakin hampir. Aku sememangnya sudah tak lalu untuk memikirkan perkara lain.

"Yun ! kao, dah nak dekat preksa ni. Pegi lar bace buku !" sound abangku.

Setelah itu, baru aku tersedar bahawa aku masih mempunyai tugasan yang masih belum diselesaikan. SPM ! Buku-buku di meja aku baca mengikut turutan jadual peperiksaan. Namun, payah benar otak ini untuk menerima masuk ilmu-ilmu di dalam buku tersebut.
"Maaf ! Maklumat di reject. Sila baca semula. Terima Kasih." lebih kurang begitulah lagaknya otakku pada waktu itu.

Semasa berada dalam bulan peperiksaan, aku hanya berdoa dan bertawakal. 

Setelah menerima slip peperiksaan SPM, aku lantas bersyukur kepada Allah. Yela, mujur keputusan peperiksaanku tak terbarai. Haha^^ ! Alhamdulillah.. 


*********************


"Anak dara ape ni bilik bersepah ? Pemalas betol, ringan-ringankan lar tulang tu sket..."
 kata-kata ini lah yang membuatkan bilik dan rumah aku sekarang semakin teratur, kemas dan bersih.^^ 


Ibu, walaupun hari-hari adik kini tidak lagi dimotivasikan dengan suara Ibu. Walaupun tidak lagi kedengaran leteran berunsur nasihat dari Ibu. Adik akan sentiasa cuba memperbaiki diri adik supaya menjadi seorang yang berguna dan adik nak jadi anak yang boleh ibu banggakan. Ibu, sekarang adik dah reti masak macam-macam. Ibu tak yah nak risau lagi ye. Tapi penyakit malas ni masih jugak melekat. Hehe ! Ibu, adik akan ingat pesan ibu dalam mimpi haritu. Adik dah selalu sembahyang. Tiap kali adik sembahyang, adik tak pernah lupe sedekahkan al-Fatihah untuk Ibu. Ibu kat sane jangan lupe adik ye. Ibu, adik sayanggg Ibu. Tak kan ade sesiape pun yang boleh gantikan tempat Ibu. Tak kan ade sesiape pun yang boleh menyayangi adik macam yang Ibu selalu buat. Ibu.. Adik rindu~

Ayah dan Arwah Ibu sewaktu zaman muda-mudi mereka.^^


AL-FATIHAH BUAT IBU. SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN. AMIN...













Polka Dot !

Assalamulaikum !

Hari ni aku nak ceritakan sebuah kisah benar. Di mane peristiwa ini aku dan geng 'sekepala' (Iba, Alin & Daya) aku alami sewaktu kami berada di Tingkatan 4. SELAMAT MEMBACA ^^!

27 Oktober 2009

"Iba, sok jom teman aku gi buat kad bank." ajak Alin. "Aku tak tao lar cam ne." tambah Alin lagi dengan memek mukanya. 
"Ermm.. Okey lah." balas Iba.

Keesokan harinya...

"Ringggg !!" Loceng terakhir berbunyi menandakan waktu pulang. Alin dan Iba pun bergegas menuruni tangga Blok C sekolah. Tanpa disedari mereka telah meninggalkan Akid dan Daya di belakang.  

"Weh, tunggu !" Laung Akid dari jauh. Lantas dia berkejar mendapatkan mereka. Daya pula hanya mengekori dengan muka yang berkerut-kerut, penuh tanda tanya. 
"Korang nak gi mane nih ? Tak tunggu kitaorang pun" Sambung Akid setelah berjaya mendapatkan mereka.

"Kitaorang nak gi BSN, nak buat kad bank die nie haa" Jawab Iba sambil menunding jari ke arah Alin. 

Alin yang menyedari perlakuan Iba hanya tersengih lalu berkata, "aku tak reti, tu yang ajak Iba tu. Yela, die kan dah pernah buat."

"Ouh.." balas Akid dan Daya seraya mengangguk-anggukkan kepala mereka.
"Nak ikot !" kate Akid lagi. "Balik awal pun bosan."

Tanpa berfikir panjang, Akid dan Daya pun menyertai agenda Alin dan Iba dengan spontan. Diaorang ni memang spesis suka merayap sesama sendiri. Tak reti nak balik awal. Huhu^^ ! 

Lalu, mereka berempat berjalan kaki dari sekolah menuju ke destinasi. Jaraknya hanya sekitar 1 kilometer. (Lebih kurang macam tu lah)^^
Sepanjang perjalanan mereka yang agak jauh itu, mereka berbual kosong seiring dengan hilai tawa yang tak henti-henti. Mengilai tanpa mengendahkan umat manusia di sekitar mereka. Kalau lawan dengan Cik Ponti, confirm diaorang ni champion^^

Setelah tiba di destinasi utama dalam planning mereka pada hari itu, Alin dan Iba pun menuju ke sudut borang BSN bersama. Dalam masa yang sama, Akid dan Daya pula meninjau-ninjau tempat duduk yang berdekatan dengan kaunter. Setelah Alin mendapat nombor gilirannya, dia dan Iba kemudiannya menyertai Akid dan Daya yang telah bertapak di tempat duduk pilihan hati mereka.

Sementara menunggu nombor giliran Alin dipanggil dan disiarkan di monitor kecil di bank tersebut, mereka berempat dengan tanpa segan-silunya meneruskan aktiviti 'terencat' mereka^^ 

10 minit kemudian...

Setelah selesainya perjumpaan dan perbincangan Alin bersama Akak Bank di atas urusan tertentu, kanak-kanak Milo tersebut pun mengambil keputusan untuk memanaskan kerusi di ruangan menunggu. Almaklumlah, letih menapak dari sekolah ke bank tadi. Bila dah dapat air-cond lega lar sikit. Walaupun air-condnye tak de lah sampai tahap boleh membekukan peluh, tapi bersyukur jugak dapat duduk berehat sekejap dalam tempat sejuk.^^

Semasa mereka sedang menjalani rutin harian (aktiviti 'terencat'), Akid yang duduk bersebelahan dengan Daya (belakang Alin dan Iba) seperti tidak berminat untuk menumpang sekaki dalam program mereka. Die seolah-olah sedang merasakan suatu aura yang kuat dari arah belakang. Namun nalurinya tidak pula mengarahkan dia memalingkan kepalanya. Apa yang dilakukan hanyalah memandang ke arah laluan di sebelah kirinya di mana orang ramai lalu lalang menuju ke kaunter.

Kemudiannya, ada seorang lelaki Melayu yang berusia dalam lingkungan 40-an berjalan menuju ke kaunter melintasi pandangan Akid yang sejak dari tadi tidak memaling-malingkan kepalanya ke arah lain. Rakan-rakannya yang lain pula asyik bergelak ketawa. 
Memang tak ingat dunia. (-..-')

"Astaghafirullah al-azim..."  dengan tidak semena-mena Akid mengucap panjang sambil menundukkan kepalanya.

Kawan-kawannya yang disedari tadi 'busy', lantas mengendalakan aktiviti mereka buat seketika waktu. Dan dengan sepantas kilat Alin,Iba dan Daya memandang ke arah lelaki tersebut.Tao tao je dieorang ni sape yang dimaksudkan, terasa aura jugak kot. Haha^^ !

Sememangnya aura lelaki tersebut sangat kuat. Ape yang membuatkan kami terkejut, terkentut, dan macam-macam ter- lagi. Bukanlah kerana paras rupa yang macho macam Robert Jr, bukanlah kerana imej dan style yang smart macam James Franco.  TETAPI !

Tetapi, kerana dia telah berjaya memukau sesiapa sahaja yang memandangnya. 

Apa yang memeranjatkan kami semua ialah seluar lelaki tu terlondeh sampai paras bawah punggung ! Humang aihh. Seksi kan ? Tak cukup dengan itu, terdapat pula pakej POLKA DOT berwarna merah saga di punggungnya. Wuahhh~ meriahnya ! Sangat memukau ! Mungkin disebabkan punggungnya yang bercorak like a tattoo laa kunun , maka dia pun merasakan dirinya seseksi Brad Pitt dan tidak lagi perlu memakai celana dalam. Kah, kah, kah ! Kalau nak request dia buat corak batik boleh tak gamaknye ? Hee~~

Setelah kengkawan Akid yang lain menyaksikan keseksian lelaki tersebut, ape lagi.. Bergemalah hilaian janda masing-masing. Haha^^ ! Huru-hara 1 bank tu. 


"Kah, kah, kah ! Kitorang tak bersalah bang, kitorang tengok je" kate Iba kepada abang polis yang berkerja di situ sambil ketawa terbahak-bahak. Haha^^ ! 
Abang polis itu cuba menahan tawa. Ketat, kelat mukanya nak control.


Last last, pakcik pakcikss yang dalam bank tu pun join sebody mentertawakan lelaki tu. Dah macam ada pesta gelak pula kat situ. Mereka yang terkena sawan gelak itu pun terus beredar keluar dari bank tersebut. Bukan apa, takot takot lahh penyakit sawan mereka itu merebak dan berkemungkinan besar boleh mengakibatkan mana-mana usus mereka terbelit.
Hadoyy.. tapi laki tu boleh selamber derkkk je. Perghh.. Keluar melodi sok ni. Haha. TAK PASAL~~ 


Dalam perjalanan pulang, mereka tidak juga berhenti ketawa. Parah betul ! Ade je idea nak tambah-tambah 'lauk'.


"Haha. Giler kao, gi bank dapat tengok free show. Nanti nak pegi ajak aku lagi k ?" kata Daya yang masih dalam tawanya.


Sesampainya di perhentian bas, hilai tawa mereka mati di situ. Mereka berempat menuju ke haluan masing-masing untuk pulang ke rumah.
Mereka pulang ke rumah dengan senyuman yang berbekas dimuka. Ada juga yang pulang dengan tawa yang masih bersisa. 


Sememangnya, menyaksikan free show di bank tidak pernah dijangkakan mereka. Sehingga keesokkan harinya, peristiwa tersebut masih lagi menjadi topik perbualan mereka berempat. Esok, lusa dan seterusnya perkataan POLKA DOT kekal menjadi satu peringatan  terhadap kenangan di antara mereka.


"Aku akan ingat peristiwa ni sampai bila-bila." (n_n)



Pada pendpat kiteorang, lelaki tu berkemungkinan besar adalah seorang FLASHER. Tapi, tak tao lah kot dia buat macam tu sebab nak menayangkan hasil seni lukisan anaknye ke ataupun sebab cuaca yang terlalu panas. Bhahahak !!

Kepada Alin, Iba dan Daya :: Story nie telah ditokok tambah bagi menyedapkan lagi pembacaan korang. Hehe ! Maaf kalau tak sedap.